Salam mommie,
Harini saya nak share true story berkenaan dengan bahaya Pneumococcal disease. Ya, panjang pendek nyawa tu di tangan Allah S.W.T, tapi kita sebagai mommy & daddy kepada anak kita mestilah mahu yang terbaik untuk anak kita. Usaha itu penting, yang lain kita berserah kepada Allah. Doa & usaha untuk beri yang terbaik kepada anak-anak.
Bolehlah baca berkenaan dengan kesan Pneumococcal disease di sini. Mommy kepada arwah Aqil Hamzah ada post in details perjalanan beliau sekeluarga ketika saat menangani Pneumococcal ni. Sedih bila baca blog Cerita Erina.
Terbayang muka cheeky Adellia bila senyum. Terbayang demand manja suruh angkat bila tak ada orang nak layan. Terbayang seronoknya Adellia bila mandi. Terbayang tiap-tiap malam tanpa fail bangun berjaga nak bagi susu & melayan kerenah pukul 3,4 pagi. Tak dapat nak bayang jika Allah uji macam mommy Erina. Ya Allah.
Harapnya ramai mommies di luar sana sedar dengan bahaya Pneumococcal dan mula ambil tindakan. Kosnya yang agak mahal jika dibandingkan dengan cucuk yang lain. Range dalam RM180-RM300. Tak apa, boleh consult doktor masing-masing bila dicadangkan untuk ambil Pneumococcal vaccine ni & bolehlah plan kewangan masing-masing jika perlu. Untuk kos yang lebih murah, cuba pergi ke klinik-klinik biasa. So far yang saya survey dalam RM180 sahaja. If pergi ke klinik yang besar sikit kosnya mungkin lebih mahal. Berbaloi dengan masa menunggu dan keselesaan yang diberikan, insyaAllah.
Disini saya share sekali harga untuk Pneumococcal vaccine yang saya copy dari blog mommy Erina & juga tambahan daripada klinik/hospital yang saya sendiri survey.
Selangor
Polikinik Shaik. Kota Kemuning, Shah Alam : RM50 1st dos, RM220 dos seterusnya.
KPJ Shah Alam: RM240++
DEMC: RM200++
KPMC, Kajang : RM240
An-Nur Specialist Hospital, Bangi: RM250
Pusat Rawatn Islam Az-Zahra, Bangi: RM250
Klinik Medi Nur, Puchong: RM200
Klinik Pakar Kanak-Kanak Chua, Kota Damansara: RM290
Klinik An-Nur, Presint 15, Putrajaya: RM245
Poliklinik UKM: RM180
Klinik Nadia, Kota Damansara: RM180
Kuala Lumpur:
Hospital Pusrawi : RM227
Klinik Seri Indah, Taman Samudera, Batu Caves: RM210
Hospital Columbia Asia, Setapak : RM245
Hospital Al Islam, Kg Baru: RM250
Klinik Fauziah, Ampang: RM210
Hospital Pantai, Kuala Lumpur: RM250
Melaka
Poliklinik Wahidah, Ayer Keroh: RM220
Pahang
Klinik Al Farabi/ Hospital PRK Muip, Kuantan : RM220
Jom mommies! Consult doktor anak anda sekarang!

No comments:
Post a Comment